Terma & Syarat

Terma & Syarat
Cara-cara membuat PESANAN:
  1. Sila hantarkan pesanan melalui email ke  nazdila_84@yahoo.com.my
  2. Nyatakan ITEM yang dikehendaki.
  3. Nyatakan juga perkara2 berikut: NAMA PENUH, ALAMAT, NOMBOR TELEFON, EMAIL dan PILIHAN BANK (CIMB ATAU MAYBANK)
  4. InsyaAllah saya akan balas email sekurang2nya dalam tempoh 24 jam jika tiada halangan.
Untuk PEMBAYARAN:
  1. Bayaran perlu dibuat dalam masa 3 HARI SETELAH MENERIMA SEBUT HARGA daripada saya melalui email. Jika tidak, tempahan anda akan dibatalkan secara automatik.
  2. Sila hantar BUTIR2 TRANSAKSI PEMBAYARAN (nombor transaksi, jenis bank, tarikh, waktu, jumlah bayaran) ke  nazdila_84@yahoo.com.my untuk pengesahan.
  3. Pesanan anda akan disiapkan HANYA SETELAH PEMBAYARAN PENUH DIBUAT. Ini adalah untuk mengelakkan tempahan dibatalkan setelah pesanan siap.
Cara PENGHANTARAN:
  1. Item yang dipesan akan dihantar melalui POS LAJU SAHAJA.
  2. Kadar pos bergantung kepada saiz, berat dan jenis item yang dipesan. Kadar POS LAJU bermula daripada RM6.50 untuk 500g pertama.
  3. TRACKING NUMBER akan diberikan melalui email setelah penghantaran dibuat.
  4. Penghantaran dibuat pada waktu bekerja, HANYA pada hari ISNIN & KHAMIS pada setiap minggu.
PENTING!
  • Pesanan disiapkan mengikut turutan SIAPA YANG BAYAR DAHULU dan bergantung kepada senarai pelanggan yang sedia ada.
  • Untuk BULK ORDER, sila maklumkan LEBIH AWAL untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Saya AMAT menjaga kualiti setiap produk kraf yang dihasilkan.
  • Saya TAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ke atas PEMBAYARAN TANPA BUKTI.
  • Saya juga TAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ke atas KEHILANGAN atau KEROSAKAN barang semasa penghantaran.

No comments:

Post a Comment